KEHILANGAN
Karya: Rha NS
Nama saya Intan Baidura. Saya dilahirkan
1 juta tahun dahulu. Saya merupakan
anak tunggal. Saya adalah anak emas
kepada ibu dan ayah saya.
Walaupun saya mendapat kasih sayang
sepenuhnya namun saya tetap menghormati
mereka berdua. Ah! Bahagianya hidup ini
dipenuhi dengan kasih sayang.
Setiap hari ibu dan ayah saya pergi ke hutan
mencari makanan untuk mengalas perut
kami sekeluarga.
Kami sentiasa bersyukur di atas rezeki yang
diberikan Tuhan kepada kami.
Pada suatu petang kedua orang tua saya
masih tidak pulang .
Saya berasa bimbang atas keselamatan mereka berdua
Saya berasa bimbang atas keselamatan mereka berdua
kerana cuaca amat buruk.
Petir sambung-menyambung , disertai dengan ribut
hujan yang amat dahsyat sekali.
Keesokkan harinya saya saya pergi ke hutan mencari
ibu dan ayah saya.
Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati ibu
dan ayah saya telah mati dihempap pokok besar.
Saya rasakan dunia ini gelap gulita.
Langit bagaikan menghempap saya.
Saya menangis semahunya.
Kematian ibu dan ayah saya benar-benar menghiris
hati saya.
Pada siapalah tempat saya mencurahkan kasih sayang?
Mungkinkah kepada anda semua?
Saya berterima kasih kepada anda yang benar-benar
Mungkinkah kepada anda semua?
Saya berterima kasih kepada anda yang benar-benar
memahami erti sebuah kasih sayang.
Karya Rha NS
1 Januari 1995
1 Januari 1995
UJI MINDA ANAK / MURID ANDA
KEHILANGAN
1. Kenapa Intan Baidura digelar ` Anak Emas ?`
…………………………………………………………………………………………………..
2. Kenapa mereka sekeluarga bersyukur kepada Tuhan?
…………………………………………………………………………………………………..
3. Apa yang telah terjadi pada suatu petang?
……………………………………………………………………………………………………
4. Apa yang dirasakan oleh Intan Baidura setelah kematian ibubapanya?
…………………………………………………………………………………………………….
5. Pada siapa yang diharapkan kasih sayang setelah ketiadaan ibubapanya?
…………………………………………………………………………………………………….






0 comments:
Post a Comment