Pada zaman dahulu ada seorang nenek
tinggal jauh di dalam hutan.
Nenek itu sangat miskin.
Dia bekerja sebagai penjual kayu api.
Kayu api dijual ke pasar.
Setiap pagi nenek akan ke hutan mencari
kayu api.
Ketika sedang mencari kayu api nenek terjumpa sebatang kayu berbentuk dinasour.
Dia membawa balik kayu berbentuk
dinasour itu ke rumahnya.
Pada keesokkan hari datanglah seorang
penduduk kampung ke rumah nenek itu.
Dia ternampak sebatang kayu berbentuk
dinasour.
Pulang dari rumah nenek tersebut dia menceritakan kepada semua penduduk
kampung.
Keesokan harinya datanglah penduduk-penduduk kampung ke rumah nenek itu melihat kayu yang berbentuk dinosaur.
Mereka begitu simpati dengan nenek tersebut kerana hidupnya serba kedaifan.
Penduduk kampung bermurah hati memberi buah tangan seperti buah-buahan,wang dan pakaian. Lama-kelamaan nenek itu senang dan tidak lagi menjual kayu api.
Rupanya dinosaur yang dijumpai memberi
tuah kepadanya. Nenek bersyukur kepada
Tuhan kerana memberi nikmat yang tidak
diduga.
Karya Rha NS
1 Januari 1995





0 comments:
Post a Comment