This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 8 October 2011

KAWAN BAIK SAYA DINO DAN SI SEBERANG



Hari-hari saya ke sekolah,

Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.


Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.


Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.


Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.


Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.


Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.


Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.


Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.


Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.


Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.


Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.


Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.


Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.


Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.


Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.


Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.


Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.


Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.


Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.


Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.


Karya  Rha NS
1 Januari 2011

KEHILANGAN



KEHILANGAN
Karya:  Rha NS

Nama saya Intan Baidura.  Saya dilahirkan
1 juta  tahun  dahulu.  Saya   merupakan
anak tunggal.  Saya adalah anak  emas
kepada ibu dan ayah saya.

Walaupun  saya  mendapat  kasih   sayang
sepenuhnya  namun saya tetap menghormati
mereka berdua.  Ah! Bahagianya hidup ini
dipenuhi dengan kasih sayang.

Setiap hari ibu dan ayah saya pergi ke hutan
mencari makanan untuk mengalas perut
kami sekeluarga.

Kami sentiasa bersyukur di atas rezeki  yang
diberikan Tuhan kepada kami.

Pada suatu petang  kedua orang tua saya
masih tidak pulang . 
Saya berasa bimbang atas keselamatan mereka berdua 
kerana cuaca amat buruk.  

Petir sambung-menyambung ,  disertai dengan ribut
hujan yang amat dahsyat sekali.

Keesokkan harinya saya saya pergi  ke hutan mencari
ibu dan ayah saya.

Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati ibu 
dan ayah saya telah mati dihempap pokok besar.

Saya rasakan dunia ini gelap gulita.
Langit bagaikan menghempap saya.
Saya menangis semahunya.

Kematian ibu dan ayah saya benar-benar menghiris 
hati saya.

Pada siapalah tempat saya mencurahkan kasih sayang?
Mungkinkah kepada anda semua? 
Saya berterima kasih kepada anda yang benar-benar 
memahami erti sebuah kasih sayang.

Karya Rha NS
1 Januari 1995




















UJI MINDA ANAK / MURID ANDA
KEHILANGAN
1.       Kenapa Intan Baidura digelar ` Anak Emas ?`

…………………………………………………………………………………………………..

2.       Kenapa mereka sekeluarga bersyukur kepada Tuhan?

…………………………………………………………………………………………………..

3.       Apa yang telah terjadi pada suatu petang?

……………………………………………………………………………………………………

4.       Apa yang dirasakan oleh Intan Baidura setelah kematian ibubapanya?

…………………………………………………………………………………………………….

5.       Pada siapa yang diharapkan kasih sayang setelah ketiadaan ibubapanya?

…………………………………………………………………………………………………….




  

DINOKURA



Nama saya Dinokura. 
Saya dilahirkan pada 215 juta tahun dahulu.

Saya dilahirkan kembar tidak seiras.
Kakak kembar saya bernama Dinakura.


Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan ayah saya.  Kasih sayang mereka terhadap saya tidak berbelah bahagi. Saya sangat sayang keluarga saya.

Kakak saya seekor dinasour  yang cantik.
Dia suka membantu kawan-kawannya
yang dalam kesusahan.

Sayalah yang menemani kakak saya pergi
ke sekolah atau ke mana-mana kakak saya
pergi.

Pulang dari sekolah kakak saya akan mengajar saya pula. Kakak saya sangat bijak.  Begitu juga saya.
 
Kakak saya ingin menjadi guru manakala saya  pula  bercita-cita   menjadi  pengarang yang terkenal suatu hari nanti.


Karya Rha NS
1 Januari 1995


DINOSAUR AJAIB




Pada zaman dahulu ada seorang  nenek
tinggal  jauh di dalam  hutan.

Nenek itu sangat miskin.
Dia bekerja sebagai penjual kayu api.
Kayu api dijual ke pasar.

Setiap pagi nenek akan ke hutan mencari
kayu api. 

Ketika sedang mencari kayu api nenek terjumpa sebatang kayu berbentuk  dinasour.  

Dia membawa balik kayu berbentuk
dinasour itu ke rumahnya.

Pada keesokkan hari datanglah seorang
penduduk kampung ke rumah nenek itu.
Dia ternampak sebatang kayu berbentuk
dinasour. 

Pulang dari rumah nenek tersebut dia menceritakan    kepada semua penduduk 

kampung.

Keesokan harinya datanglah penduduk-penduduk    kampung ke rumah nenek itu melihat kayu yang   berbentuk dinosaur.

Mereka begitu simpati dengan nenek tersebut  kerana hidupnya serba kedaifan.

Penduduk kampung bermurah hati memberi buah tangan seperti buah-buahan,wang dan pakaian.  Lama-kelamaan nenek itu senang dan tidak lagi menjual kayu api.

Rupanya dinosaur yang dijumpai memberi
tuah kepadanya. Nenek bersyukur kepada
Tuhan kerana memberi nikmat yang tidak
diduga.


Karya Rha NS

1 Januari 1995

Tuesday, 4 October 2011

SAYA MENGHARGAI PENCIPTA SAYA




Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.


Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.


Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.


Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.


Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi  inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!




Karya Rha NS
25 Jun 2010

HIDUP SAYA SEINDAH BULAN BINTANG DAN PELANGI



Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan  di langit.
Hidup saya terang
Seterang  bintang  bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.


Karya Rha NS
25 Jun 2011

MATAHARI MEMANCARKAN SINARNYA





Hidup saya bahagia...
Sebahagia  matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.

Karya Rha NS
25 Jun 2010

PENGEDARAN BUMI MENGIKUT PAKSI




Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.


Karya Rha NS
25 Jun 2010

TUHAN SAYA PENCIPTA SEMESTA ALAM




ALLAH PENCIPTA SEMESTA ALAM

Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit  masing-masing.

Kalau planet tidak mengikut  orbit  masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan  musnahlah  segalanya.

Justeru saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam! 

Karya  Rha NS
25 Jun 2010

PUISI CAKARAWALA SUMBER INSPIRASI SAYA


CAKARAWALA SUMBER INSPIRASI SAYA

Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.

Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.

Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.

Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.

Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi  inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan  di langit.
Hidup saya terang
Seterang  bintang  bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.

Hidup saya bahagia...
Sebahagia  matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.

Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.

Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit  masing-masing.

Kalau planet tidak mengikut  orbit  masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan  musnahlah  segalanya.

Justerus saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam! 

Karya  Rha NS
25 Jun 2010

CERITA-CERITA IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF

KIKI

Kiki  suka berada  di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki  ada sayap.
Kiki  terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.
Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu,  ‘Ibu Oh! Ibu’.

BULAN DAN BINTANG

Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.
Bulan suka tengok gelagat  tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk  di pelangi dan  seekor lagi
duduk di  tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.


HARI JADI JOHN

Setiap  tahun  John  meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John  yang  kesembilan.
Ayah  John  membeli  kek  tiga  tingkat.
Hari jadi  John  sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.


TIKAR AJAIB

Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat  gembira  kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.

Mereka dapat terbang  setelah terjumpa
dengan  ‘Pelita Ajaib’  yang  boleh memberi
kesaktian kepada  si pemiliknya.

Apabila penat mereka pulang  berehat
di Istana  Kayangan  yang  indah
lagi permai.


NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR

Nina  tinggal di sebuah pulau bersama
bayi  Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.
Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.

Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti  arnab.
Kukunya tajam  seperti harimau.

Nina  suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi  Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.

Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.
Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi  di antara satu
sama lain.
Nina adalah kakak angkat  yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.


BERMIMPI JADI ANAK GERGASI

Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.
Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.


CITA-CITA SAYA

Cita-cita saya hendak menjadi
seorang  doktor.
Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.
Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh  nasihatkan
pesakit saya supaya  amalkan
makan makanan sihat  seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.


TAMAN BUNGA IBU SAYA

Ibu  saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.

Setiap petang saya menyiram  pokok-
pokok bunga.

Halaman rumah saya seperti  taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.

Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.
Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’


KERETA TERBANG

Pagi  Ahad  itu  Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.

Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan  biru.
Ah  Chong  sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong  tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.


KEINDAHAN TAMAN BUNGA

Sungguh  indah taman bunga  yang
menghijau ini.

Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.

Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.

Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.
Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!


KAMBING GURUN AJAIB

Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.
Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang  bergemerlapan  di langit malam.

Kadang-kadang  dia menanduk bintang.
Bintang suka  berkawan dengan  Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.


HARIMAU KEMBAR SIAM


Ini  Harimau Kembar  Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.

Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.

Ke mana pergi mereka selalu
bersama.

Setiap  petang,  Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.

Harimau Kembar  Siam  sayang
menyayangi di antara satu sama lain.


KELUARGA ZIRAFAH


Ini  sekumpulan keluarga  zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.

Ibubapa mereka penyayang  dan
bertanggungjawab.

Anak-anak dididik  supaya  hormat
menghormati di antara satu
sama lain.

Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!


KUDA BELANG

Kesian sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.

Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.

Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.

Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.

Kuda belang akan pupus  di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.


ZOO NEGARA

Saya suka pergi ke Zoo  Negara.
Di  Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.

Singa senyum kepada saya.
Anak  zirafah sangat  comel.

Saya suka tengok anak gajah
pakai topi.  Sungguh  comel!
Anak gajah senyum kepada saya.

Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.

Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.


IKAN LUMBA-LUMBA

Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka  melompat-lompat
sambil menyumpit air. 
Sungguh melucukan!

Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.

Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.

Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu  pun tersenyum  geli hati.

Sungguh indah permandangan di dasar aut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.

Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak  penghuni
lain.

Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang  aman, damai dan permai.


HADIAH WAU

Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.

Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.

Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama  dengan
rakan-rakan  yang  seusia dengan saya.

Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!

Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.


SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

Saya warganegara Malaysia.
Rakyat  negara  saya terdiri daripada
pelbagai  kaum  iaitu  Melayu, Cina dan
India.   Walaupun berbeza  agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.

Kami hidup bersatupadu,  tolong
menolong dan hormat menghormati.

Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.


Saya menghargai Perdana Menteri
saya  kerana  dapat mencetuskan
Gagasan  1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan  negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!


Karya  Rha NS
25 Jun 2011


Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi  Saya

Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.

Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.

Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.

Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.

Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi  inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan  di langit.
Hidup saya terang
Seterang  bintang  bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.


Hidup saya bahagia...
Sebahagia  matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.

Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.

Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit  masing-masing.

Kalau planet tidak mengikut  orbit  masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan  musnahlah  segalanya.

Justeru saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam! 

Karya Rha NS
25 Jun 2010

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites